Friday, 25 November 2016
PREGNANCY JOURNEY : BUKA BUKU PINK
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, harini da genap 8w2d usia kandungan ku.. More weeks to go and semoga segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Nya.
Ok, hari ni aku nak share pengalaman buka buku pink di klinik kesihatan.
Sebenarnya, lepas aku tau aku pregnant tu..usia kandungan baru 4minggu..so bila kandungan da cecah 6minggu,aku agak excited untuk buat scan pertama.
Tanggal 15 october, aku dah buat appointment dgn klinik as salam bangi..harga skali scan termasuk konsultasi adalah rm60. Untuk scan yg pertama ni hanya nmpk kantung shj..janin nya blom terbentuk. Mula2 rasa risau juga tapi be positif.
Pastu abah ada marah jugak knp p scan awal2..huhu..tp nk wat cmne..aku da over excited nk tgk kandunganku..oh ya,sblm scan pastikan korang minum air sampai rasa nk tekencing tau,tp jgn kencing dlu,sebab bila pundi kencing penuh,baru senang nk nmpk imej masa scan tu.
Okla berbalik kepada perihal buku pink..hihi
Disebabkan aku terlalu risau pasal keadaan aku yg xckup zat dan vitamin, perasaan nk bkk buku tu meluap luap..dgn schedule yg payah..ngan masalah kerja lagi..tp nk wat cmne..nk tak nak aku kena bukak jugak..so aku pn minta half day.
Tempat aku bukak buku kat klinik kesihatan taman medan. Antara dokumen yg mereka perlukan hanyalah bil letrik or air utk sahkan alamat dan juga kad kahwin..tu jek..
Proses daftar dan menunggu macam biasala di klinik kerajaan, kesabaran itu sangat penting..hihi..ok, aku ada inform doktor yang aku ada buat scan, tapi gmbr scan tu aku lupa pulak nak bawak, tapi ingtkan lepas ckp dah pernah scan, dia dah tak scan lagi..tapi alhamdulillah, doktor scan.
Mula2 scan tu alhamdullilah nampak baby dah dalam kantung..tapi lepas tu dia ada perasan satu benda lain, mcm fibroid. Mula2 dia takut dia salah, so dia panggil la kawan doktor dia yg lain...dukacita kwn doktor dia pn cakap mungkin fibroid. Aku da rasa nak menangis da time tu..huhuhu.. Pastu doktor pn bagi surat refer ke Pakar.
Aku setel checkup kat KK dalam jam 12pm. Masa pagi tu aku p KK sendiri je..drive..pastu tanya ngan suami, mcm mana, nak p pakar harini ke nanti..so da alang2 pukul 12, aku pun decide pergi pakar..and hospital yang kami pilih HKL...walaupun jauh, tapi hospital tu je yg terfikir..
So kami pun pergila ke HKL..da sampai HKL ngam2 pukul 1..Mula2 nurse macam tak nak terima sb dia kata napa jauh sgt dtg..tp pastu diorg pn ckp dtg semula pukul 2 sb doktor pn xde, time rehat.
Alhamdulillah, masa checkup pukul 2 ptg tu nurse semua baik2..hihi..rasa seronok pulak, org pn mcm tak ramai..so mcm biasala prosedur kena cek tinggi, berat, BP semua..nampak tak, buku pink aku baru sehari dah dua tempat kena isi..haha..
Pastu dalam 330 aku pun dapat p scan..tapi scan ni bukan dengan doktor pakar, tapi dengan nurse khas sahaja..tapi alat scan dia mmg clear la gambar semua..ok..nurse pn start la scan2..mula2 dia cari fibroid tu mcm takde...dia pn teruskan scan lagi..and confirm nampak fibroid. Ukuran waktu tu dalam 3x3cm...masa scan tu jugak dia nampak satu lagi tetapi kosong..suspek twin MCDA..
So nak jumpa doktor pn doktor xda...mcm biasa, kena buat appointment and tgu next checkup dgn doktor..
Ohya, sbnrnya entry ni dah tulis lama da..time aku sambung tulis ni pun sbnrnya da tau result appointment kedua..huhu..nnt la aku sambung kt next entry ya..
Babai...
Subscribe to:
Posts (Atom)