Sunday, 18 December 2016

Pregnancy Journey : Brownish spotting at 15 week pregnant

Assalamualaikum
Alhamdulillah aku da memasuki ke fasa trimester kedua. Sepanjang trimester pertama Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah semalam iaitu 17 december 2016 aku mcm biasa duduk kat Umah..pastu adalah ikut abah p pos ofis Sume. Balik tu aku tgk panty liner mcm ada warna coklat tp aku tak syak apa. So aku continue pakai panty liner walaupun masa tu aku takda p memana. Dalam pukul 4 mcm tu aku pn nak terkencing..bila aku bukak je seluar dalam...Ya Allah banyaknya spotting...terus aku jadi takut..menggigil..nangis. sebab sepanjang pregnancy tak pernah lagi setitik darah pun keluar. Tapi spotting yang keluar ni berwarna koko/coklat..tiada fresh blood mahupun ketul2..
So dalam kekakulatan tu, aku terus call Husband aku utk bawal p hkl. Time tu memang fikir nak ke hospital je..so dalam kebasahan hujan aku dengan Husband naik moto la p hkl..kami terus ke bahagian kecemasan hospital bersalin dan direfer ke bahagian EPAU (early pregnancy assessment unit). Masa kat sini la mimpi ngeri sebab aku kena cek dgn menggunakan mulut itik (spekulum). Haihh..sbnrnya aku agak trauma dan fobia kalau ada benda masuk kat faraj aku..serius aku tak berjaya buat test tu..sebab aku dok kalih2 sampai doktor dengan nurse tu marah.. ayat yg doktor tu ckp sampai skang aku teringat and buat aku terasa sangat2...tp xpela nak buat mcm mana..ini ujian untuk aku..
Lepas drpd tu aku kena tgu turn utk scan plak...setelah tunggu dalam 2jam lebih akhirnya aku pn scan..Alhamdulillah heartbeat baby semua ada..doktor klasifikasikan sebagai threaten miscarriage and suruh aku berehat je..doktor pn kasi mc 3 hari. Tp tahla..rasa mcm kena pergi kerja jugak esok..
Pastu arini..Ahad 18 december..sekitar jam 3-4pm..keluar lagi brownish spotting dalam kuantiti yg sama..iaitu penuh satu panty liner...aku da cuak..kenapa mesti keluar spotting..Ya Allah kau peliharalah zuriat di dalam kandungan aku ini...semalam doktor ada ckp kalau ada keluar spotting lagi just monitor sahaja..kalau keluar fresh blood and kuantiti banyak or ketul2 baru dtg hospital semula...
Aku ari Kamis ni baru nak ada appointment kat KK ..aku berharap sgt spotting ni akan berhenti terus and tak mengnaggu baby dalam kandungan....
Semoga semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah..
Ibu dgn ayah syg sgt dgn baby...
I love u My baby...
Regards Yuhana