Wednesday, 11 January 2017
PREGNANCY JOURNEY : 19weeks
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, harini genap sudah 19weeks. Spotting pun dah tak ada da. Masa cuti hari Krismas tu aku betul2 rehat and tak naik motor.. tak berjalan ke mana mana pun lepas tu alhamdulillah, spotting pun tak muncul dah.
Masa appointment dengan HKL 3 january 2017 haritu pun rupanya doktor berjaya jugak dpt sampel kat dalam vagina tu. result mengatakan yang ada jangkitan kuman kat bawah tu, sebab tu dia kuar spotting.
And alhamdulillah juga, ni last aku checkup kat HKL. Tunggu 34weeks nanti baru repeat balik. Sebab doktor scan tgk fibroid makin mengecil and tak halang laluan bersalin mahupun ganggu baby. Syukur sangat2...huhuhu..
Sekejap je masa berlalu..minggu depan da 20 weeks da..tak sabar nak rasa gerakan pertama baby dalam perut ni.hehe.. semoga semuanya baik2 sahaja sehingga melahirkan. InsyaAllah
we love u baby..
hana
Subscribe to:
Posts (Atom)