Friday, 7 April 2017

PREGNANCY JOURNEY : CABUT GIGI KETIKA HAMIL (MENGANDUNG)

Assalamualaikum, Seperti dalam tajuk kat atas ni,aku nak ceritakan pengalaman aku cabut gigi geraham yang berlubang semasa mengandung 21weeks.
Kebetulan bawah ofis aku ni ada klinik gigi kat tingkat 2, makanya dengan perasaan yang gementar aku pun meneruskan la misi mencabut jugak.
Prosedur nya senang sahaja, masa daftar jangan lupa berikan sekali buku pink tu, so tiada bayaran dikenakan kerana ibu mengandung mendapat perkhidmatan percuma di Klinik Kerajaan.
Sebenarnya mula2 ingat tak nak cabut, yela, lagipun tengah pregnant kan, aku cuba bertahan dengan makan ubat tahan sakit. Doktor da cakap, bila da tak rasa sakit, datang semula klinik, cabut. Tapi aku degil. Dah rasa tak sakit tu, aku pun relaks jela sebab dah tak sakit kan. HAHA. Sekali, lepas tu dia punya berdenyut sampai tak boleh nak tidur malam.
So masa aku cabut tu ada sikit rasa sakit. And doktor yang nak cabut gigi aku ni mcm baru kerja pun ada jugak. Sebab layanan mcm baik sgt. Selalu takdelah nak layan baik sgt..hihi. Tapi serius la,time dia cabut tu agak ngeri jugak la..rasanya mungkin takda pengalaman kot. Dia bagi injection sikit je dulu sebab aku pregnant kan. Tapi dia pnya sakit tu, Ya Allah..hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Nasib aku tersangatlah baik, doktor katil sebelah tu da habis patient and doktor tu jugakla yg sebelum ni cek gigi aku and suruh datang semula utk cabut. Bila mcm doktor baru tu tak boleh nak cabut, dia pn refer la kat senior tu. Alhamdulillah lepas tu doktor senior tu amik alih, dia tambah dos ubat pelali. skali cabut je, tanggal terus gigi aku tu..tak rasa sakit lansung tau.
Di sini baru aku tahu, skill doktor tu memainkan peranan penting jugak sebenarnya. so doktor kerajaan ke swasta ke sama sahaja..hee
pastu aku pn dpt satu hari MC, tapi aku tak MC pun just baring kat opis je and makan bubur satu hari. Esok dan hari2 berikutnya hidup ku lebih aman dan tenteram tanpa rasa sakit lagi.
Keadaan gigi aku mmg teruk, berlubang kat tgh gigi sebab aritu gigi tu patah dan aku main cabut je, tu yg penyebab denyut yang sakit. Rugi plak x ambil gigi tu buat simpanan..HAHA
Okla, sampai sini sahaja coretan pengalaman ku.
Babai... <3