Friday, 14 September 2018

REVIEW : SHOPEE SELLER COACHING

Assalamualaikum,
Ingat tak dalam post yang lepas, aku ada cerita mengenai seorang yang baik hati yang telah berikan aku Link grup untuk SHOPEE.. Haa, hari ni aku nak ceritakan pasal kebaikan group tu..
Link grup Telegram tu adalah SHOPEE Q&A, Di mana seller mahupun buyer boleh join group tersebut kerana ia adalah open grup. Jika Korang ada permasalahan berkenaaan SHOPEE, seperti contoh macam mana nak set shipping, macam mana nak purchase barang kat SHOPEE, Atau apa apa pun, feel free utk tanya dalam group tu kerana admin admin di dalam tu sgtlah baik hati untuk ajar dan guide Korang.
Selain tu, Admin tu jugak dah sediakan nota khas dari A Sampai Z untuk Korang yang baru nak start business di SHOPEE, dan nota tu semestinya FREE ya kawan kawan..haa..mana nak dapat tuuu....tapi lepas Korang join, jangan lah pulak Korang copy nota tu pastu jual...no no no...Boleh kena saman nnt...hahahah.
Lepas je aku dah join group Tu, Aku tengok orang orang kat dalam tu semuanya sales kencang kencang...hurmm..tak boleh jadi ni..tergugat la..hahaha..padahal masa tu aku baru dalam 3 bulan berniaga dalam SHOPEE..kebetulan masa tu baru bukak SHOPEE SELLER Coaching (SSC 10), haaa..Aku Apa lagi, nak berjaya kan, sebab ilmu pasal SHOPEE pun kurang, so aku pun Join la ..
Yang bestnya pasal kelas ni, walaupun ia kelas berbayar, macam macam info boleh dapat tau, tips dan trick pun Ada contoh Korang nak jual topup kat SHOPEE...tp mcm mana dengan shipping?? Takkan nak key in tracking number..Hiks..kat dalam kelas ni ada ajar ..lepas tu, habis je kelas, macam macam support group Korang boleh joined, dan group kelas tu tak kan dibubarkan dan Korang boleh tanya apa apa masalah Korang, bila bila masa sahaja...best Kan..
Nak buat dropship, pastu dapat Free shipping pun bole...tapi aku tak nak lah bagitau kat sini...nak lagi best korang Boleh join SSC 12.0 Yang baru ke bukak ni....kalau nak joined kena cepat tau sebab lepas 50 orang, harga tersebut akan naik dan naik dan naik...huhuhu...permintaan utk kelas ni sgt tinggi, sebab tu lah harga dia naik...Nih aku tepek kan link utk Korang join kelas tu
SHOPEE SELLER COACHING 12.0
Oklah, untuk Korang yang nak link telegram support group SHOPEE Q&A Tu Boleh komen kat bawah ni atau fast respon e-mail yuhanasulaiman@gmail.com .
Thank you!!!

Monday, 10 September 2018

MEMULAKAN PERNIAGAAN DI SHOPEE

Assalamualaikum,
Post kali ini aku nak menceritakan bagaimana memulakan perniagaan di Shopee. Sebelum ni, aku hanya menggunakan platform Shopee untuk window shopping dan shopping barang sahaja. Tetapi, setelah aku resign dan menjadi suri rumah sepenuh masa, aku mula mendalami selok belok perniagaan di Shopee. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan seorang yang sangat baik hati semasa aku berada di dalam satu group dropship. Beliau lah yang memberikan tunjuk ajar seterusnya memperkenalkan group telegram berkenaan Shopee ni. Semoga sis dimurahkan rezeki selalu,aminn :)
Sejak dari itu, aku mula fokus penjualan di Shopee sehinggalah aku menerima order yang pertama. Haha, betapa excitednya aku time dapat order tu. Yela, akaun yang belum ada rating, tapi ada jugaak yang sanggup beli. Hihi. Alhamdulillah.
Sebenarnya menjual di Shopee ni lebih mudah dari di Lazada. Kenapa aku ckp mudah, sebabnya di Shopee , kita boleh gunakan akaun yang sama utk kita membeli barang dan juga menjual. Ianya juga free dan untung akan dpt 100% kepada kita tanpa diambil oleh pihak shopee. Berlainan pula dengan Lazada, ia ada apps yg khusus utk menjual dan seller memerlukan SSM untuk menjual di lazada. Itu serba sedikit yang aku tau pasal lazada, selebihnya aku belum habis study lagi. Haha.
Masa aku mula2 menjual kat Shopee ni, aku tak tahu rupanya shopee ni terbahagi kepada 2 option iaitu Opt 1 & Opt 2. Opt 2 ni akan automatic apply kat semua seller yang baru mula berniaga kat Shopee. Seller under Opt 2 ni hanya perlu pos barang mcm biasa kat poslaju menggunakan flyers poslaju dan tracking number perlu diisi secara manual kat dlm shopee. Jika seller menggunakan khidmat courier lain boleh set "others" semasa upload barang. Pastikan korang set betul2 samada pos malaysia atau others sebab once ada customer order, tiba2 supplier pos guna easyparcel, tapi kita set pos malaysia, nombor tracking tu takkan boleh key in dalam shopee. Bila kita dalam opt2 ni, customer still akan dpt subsidi dari shopee. Contoh kita set pos RM8, tp customer hanya perlu bayar RM6. Tapi Jangan risau, bila order dah complete, shopee akan bayar full RM2 kepada kita. Tapi kena ingat subsidi ni hanya dapat kalau kita set Pos Malaysia sahaja. Kalau set Others, tiada subsidi ya.
Sebenarnya Opt2 ni sesuai untuk sesiapa yang takda pegang stock sendiri atau erti kata lain Dropship. Ya. di shopee kita boleh jual barang walaupun kita hanya dropship. Tapi perlukan ilmu. Jangan sesekali dropship dengan seller dari shopee jugak, mohon cari supplier dari luar. Jika kita dropship di dalam Shopee, pastikan kita mempunyai modal untuk rolling. Ini kerana, sekiranya ada customer placed order, kita perlu dahulukan duit kita kepada supplier sebab customer bayar duit kepada Shopee dan bila barang dah dapat dan complete barulah Shopee akan releasekan payment kepada kita (seller).
Seterusnya Opt1, ia lebih sesuai jika seller ada pegang barang sendiri. Opt1 ni adalah FREE SHIPPING program. dan kalau nak dapatkan free shipping ni seller perlu apply terlebih dahulu. Sebelum nak apply tu kena study dahulu apa yang perlu dibuat (dkt post ni aku tak ceritakan sepenuhnya tau, kalau rajin nnt aku buat). Yang paling penting kena ada printer sebab Consigment Note (tracking number) akan auto generate dari shopee. Tapi kalau awal2 berniaga belum ada modal lagi, boleh je print di CC..hee. So kalau Opt1 ni kita just prepared barang dan bungkus siap2, print consignment note, isi borang PL9 dan dah boleh drop off barang di poslaju tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Okaylah, untuk permulaan aku ceritakan secara ringkas dahulu. kalau ada umur panjang, aku akan smbung lagi.
Terima kasih

Friday, 7 April 2017

PREGNANCY JOURNEY : CABUT GIGI KETIKA HAMIL (MENGANDUNG)

Assalamualaikum, Seperti dalam tajuk kat atas ni,aku nak ceritakan pengalaman aku cabut gigi geraham yang berlubang semasa mengandung 21weeks.
Kebetulan bawah ofis aku ni ada klinik gigi kat tingkat 2, makanya dengan perasaan yang gementar aku pun meneruskan la misi mencabut jugak.
Prosedur nya senang sahaja, masa daftar jangan lupa berikan sekali buku pink tu, so tiada bayaran dikenakan kerana ibu mengandung mendapat perkhidmatan percuma di Klinik Kerajaan.
Sebenarnya mula2 ingat tak nak cabut, yela, lagipun tengah pregnant kan, aku cuba bertahan dengan makan ubat tahan sakit. Doktor da cakap, bila da tak rasa sakit, datang semula klinik, cabut. Tapi aku degil. Dah rasa tak sakit tu, aku pun relaks jela sebab dah tak sakit kan. HAHA. Sekali, lepas tu dia punya berdenyut sampai tak boleh nak tidur malam.
So masa aku cabut tu ada sikit rasa sakit. And doktor yang nak cabut gigi aku ni mcm baru kerja pun ada jugak. Sebab layanan mcm baik sgt. Selalu takdelah nak layan baik sgt..hihi. Tapi serius la,time dia cabut tu agak ngeri jugak la..rasanya mungkin takda pengalaman kot. Dia bagi injection sikit je dulu sebab aku pregnant kan. Tapi dia pnya sakit tu, Ya Allah..hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Nasib aku tersangatlah baik, doktor katil sebelah tu da habis patient and doktor tu jugakla yg sebelum ni cek gigi aku and suruh datang semula utk cabut. Bila mcm doktor baru tu tak boleh nak cabut, dia pn refer la kat senior tu. Alhamdulillah lepas tu doktor senior tu amik alih, dia tambah dos ubat pelali. skali cabut je, tanggal terus gigi aku tu..tak rasa sakit lansung tau.
Di sini baru aku tahu, skill doktor tu memainkan peranan penting jugak sebenarnya. so doktor kerajaan ke swasta ke sama sahaja..hee
pastu aku pn dpt satu hari MC, tapi aku tak MC pun just baring kat opis je and makan bubur satu hari. Esok dan hari2 berikutnya hidup ku lebih aman dan tenteram tanpa rasa sakit lagi.
Keadaan gigi aku mmg teruk, berlubang kat tgh gigi sebab aritu gigi tu patah dan aku main cabut je, tu yg penyebab denyut yang sakit. Rugi plak x ambil gigi tu buat simpanan..HAHA
Okla, sampai sini sahaja coretan pengalaman ku.
Babai... <3

Wednesday, 11 January 2017

PREGNANCY JOURNEY : 19weeks

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, harini genap sudah 19weeks. Spotting pun dah tak ada da. Masa cuti hari Krismas tu aku betul2 rehat and tak naik motor.. tak berjalan ke mana mana pun lepas tu alhamdulillah, spotting pun tak muncul dah.
Masa appointment dengan HKL 3 january 2017 haritu pun rupanya doktor berjaya jugak dpt sampel kat dalam vagina tu. result mengatakan yang ada jangkitan kuman kat bawah tu, sebab tu dia kuar spotting.
And alhamdulillah juga, ni last aku checkup kat HKL. Tunggu 34weeks nanti baru repeat balik. Sebab doktor scan tgk fibroid makin mengecil and tak halang laluan bersalin mahupun ganggu baby. Syukur sangat2...huhuhu..
Sekejap je masa berlalu..minggu depan da 20 weeks da..tak sabar nak rasa gerakan pertama baby dalam perut ni.hehe.. semoga semuanya baik2 sahaja sehingga melahirkan. InsyaAllah
we love u baby..
hana

Sunday, 18 December 2016

Pregnancy Journey : Brownish spotting at 15 week pregnant

Assalamualaikum
Alhamdulillah aku da memasuki ke fasa trimester kedua. Sepanjang trimester pertama Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah semalam iaitu 17 december 2016 aku mcm biasa duduk kat Umah..pastu adalah ikut abah p pos ofis Sume. Balik tu aku tgk panty liner mcm ada warna coklat tp aku tak syak apa. So aku continue pakai panty liner walaupun masa tu aku takda p memana. Dalam pukul 4 mcm tu aku pn nak terkencing..bila aku bukak je seluar dalam...Ya Allah banyaknya spotting...terus aku jadi takut..menggigil..nangis. sebab sepanjang pregnancy tak pernah lagi setitik darah pun keluar. Tapi spotting yang keluar ni berwarna koko/coklat..tiada fresh blood mahupun ketul2..
So dalam kekakulatan tu, aku terus call Husband aku utk bawal p hkl. Time tu memang fikir nak ke hospital je..so dalam kebasahan hujan aku dengan Husband naik moto la p hkl..kami terus ke bahagian kecemasan hospital bersalin dan direfer ke bahagian EPAU (early pregnancy assessment unit). Masa kat sini la mimpi ngeri sebab aku kena cek dgn menggunakan mulut itik (spekulum). Haihh..sbnrnya aku agak trauma dan fobia kalau ada benda masuk kat faraj aku..serius aku tak berjaya buat test tu..sebab aku dok kalih2 sampai doktor dengan nurse tu marah.. ayat yg doktor tu ckp sampai skang aku teringat and buat aku terasa sangat2...tp xpela nak buat mcm mana..ini ujian untuk aku..
Lepas drpd tu aku kena tgu turn utk scan plak...setelah tunggu dalam 2jam lebih akhirnya aku pn scan..Alhamdulillah heartbeat baby semua ada..doktor klasifikasikan sebagai threaten miscarriage and suruh aku berehat je..doktor pn kasi mc 3 hari. Tp tahla..rasa mcm kena pergi kerja jugak esok..
Pastu arini..Ahad 18 december..sekitar jam 3-4pm..keluar lagi brownish spotting dalam kuantiti yg sama..iaitu penuh satu panty liner...aku da cuak..kenapa mesti keluar spotting..Ya Allah kau peliharalah zuriat di dalam kandungan aku ini...semalam doktor ada ckp kalau ada keluar spotting lagi just monitor sahaja..kalau keluar fresh blood and kuantiti banyak or ketul2 baru dtg hospital semula...
Aku ari Kamis ni baru nak ada appointment kat KK ..aku berharap sgt spotting ni akan berhenti terus and tak mengnaggu baby dalam kandungan....
Semoga semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah..
Ibu dgn ayah syg sgt dgn baby...
I love u My baby...
Regards Yuhana

Friday, 25 November 2016

PREGNANCY JOURNEY : BUKA BUKU PINK

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, harini da genap 8w2d usia kandungan ku.. More weeks to go and semoga segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Nya.
Ok, hari ni aku nak share pengalaman buka buku pink di klinik kesihatan.
Sebenarnya, lepas aku tau aku pregnant tu..usia kandungan baru 4minggu..so bila kandungan da cecah 6minggu,aku agak excited untuk buat scan pertama.
Tanggal 15 october, aku dah buat appointment dgn klinik as salam bangi..harga skali scan termasuk konsultasi adalah rm60. Untuk scan yg pertama ni hanya nmpk kantung shj..janin nya blom terbentuk. Mula2 rasa risau juga tapi be positif.
Pastu abah ada marah jugak knp p scan awal2..huhu..tp nk wat cmne..aku da over excited nk tgk kandunganku..oh ya,sblm scan pastikan korang minum air sampai rasa nk tekencing tau,tp jgn kencing dlu,sebab bila pundi kencing penuh,baru senang nk nmpk imej masa scan tu.
Okla berbalik kepada perihal buku pink..hihi
Disebabkan aku terlalu risau pasal keadaan aku yg xckup zat dan vitamin, perasaan nk bkk buku tu meluap luap..dgn schedule yg payah..ngan masalah kerja lagi..tp nk wat cmne..nk tak nak aku kena bukak jugak..so aku pn minta half day.
Tempat aku bukak buku kat klinik kesihatan taman medan. Antara dokumen yg mereka perlukan hanyalah bil letrik or air utk sahkan alamat dan juga kad kahwin..tu jek..
Proses daftar dan menunggu macam biasala di klinik kerajaan, kesabaran itu sangat penting..hihi..ok, aku ada inform doktor yang aku ada buat scan, tapi gmbr scan tu aku lupa pulak nak bawak, tapi ingtkan lepas ckp dah pernah scan, dia dah tak scan lagi..tapi alhamdulillah, doktor scan.
Mula2 scan tu alhamdullilah nampak baby dah dalam kantung..tapi lepas tu dia ada perasan satu benda lain, mcm fibroid. Mula2 dia takut dia salah, so dia panggil la kawan doktor dia yg lain...dukacita kwn doktor dia pn cakap mungkin fibroid. Aku da rasa nak menangis da time tu..huhuhu.. Pastu doktor pn bagi surat refer ke Pakar.
Aku setel checkup kat KK dalam jam 12pm. Masa pagi tu aku p KK sendiri je..drive..pastu tanya ngan suami, mcm mana, nak p pakar harini ke nanti..so da alang2 pukul 12, aku pun decide pergi pakar..and hospital yang kami pilih HKL...walaupun jauh, tapi hospital tu je yg terfikir..
So kami pun pergila ke HKL..da sampai HKL ngam2 pukul 1..Mula2 nurse macam tak nak terima sb dia kata napa jauh sgt dtg..tp pastu diorg pn ckp dtg semula pukul 2 sb doktor pn xde, time rehat.
Alhamdulillah, masa checkup pukul 2 ptg tu nurse semua baik2..hihi..rasa seronok pulak, org pn mcm tak ramai..so mcm biasala prosedur kena cek tinggi, berat, BP semua..nampak tak, buku pink aku baru sehari dah dua tempat kena isi..haha..
Pastu dalam 330 aku pun dapat p scan..tapi scan ni bukan dengan doktor pakar, tapi dengan nurse khas sahaja..tapi alat scan dia mmg clear la gambar semua..ok..nurse pn start la scan2..mula2 dia cari fibroid tu mcm takde...dia pn teruskan scan lagi..and confirm nampak fibroid. Ukuran waktu tu dalam 3x3cm...masa scan tu jugak dia nampak satu lagi tetapi kosong..suspek twin MCDA..
So nak jumpa doktor pn doktor xda...mcm biasa, kena buat appointment and tgu next checkup dgn doktor..
Ohya, sbnrnya entry ni dah tulis lama da..time aku sambung tulis ni pun sbnrnya da tau result appointment kedua..huhu..nnt la aku sambung kt next entry ya..
Babai...

Monday, 3 October 2016

MOM TO BE : Hari pertama tahu diriku pregnant

Assalamualaikum
Tak terucap dgn kata kata betapa aku bersyukur sgt dengan nikmat yang Allah berikan kepadaku.
Aku dah balik dari jmpa doktor kat klinik mediviron, Alhamdulillah..result positif pregnant..skang tunggu masa nak bukak buku pink jek..huhu
Sebenarnya bulan ni paling endah tak endah..sb aku dah tak buat bbt chart..cumanya aku start makan jamu yusuf zulaikha tu selama 7hari berturut turut selepas period..abis je waktu subur aku tak teruskan makan da..mngkin juga ini satu asbab..tp apa apa pn rezeki semuanya dari Allah..
Perubahan yg aku dapat masa awal awal ni ialah breast aku rasa sakittt sgt...mmg pedih la..ingtkan sb pakai bra sempit..huhu..pastu aku tak mcm org lain..ade spotting...baru aku tahu xsemua org akan mengalami spotting sblm period..huhu
Skang ni perut aku rasa berkeladak je..nak makan pn xde selera..hopefully segalanya dipermudahkan.. Nanti aku akan cerita lagi..
Babai..mekasih
Yuhana