Monday, 10 September 2018
MEMULAKAN PERNIAGAAN DI SHOPEE
Assalamualaikum,
Post kali ini aku nak menceritakan bagaimana memulakan perniagaan di Shopee. Sebelum ni, aku hanya menggunakan platform Shopee untuk window shopping dan shopping barang sahaja. Tetapi, setelah aku resign dan menjadi suri rumah sepenuh masa, aku mula mendalami selok belok perniagaan di Shopee. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan seorang yang sangat baik hati semasa aku berada di dalam satu group dropship. Beliau lah yang memberikan tunjuk ajar seterusnya memperkenalkan group telegram berkenaan Shopee ni. Semoga sis dimurahkan rezeki selalu,aminn :)
Sejak dari itu, aku mula fokus penjualan di Shopee sehinggalah aku menerima order yang pertama. Haha, betapa excitednya aku time dapat order tu. Yela, akaun yang belum ada rating, tapi ada jugaak yang sanggup beli. Hihi. Alhamdulillah.
Sebenarnya menjual di Shopee ni lebih mudah dari di Lazada. Kenapa aku ckp mudah, sebabnya di Shopee , kita boleh gunakan akaun yang sama utk kita membeli barang dan juga menjual. Ianya juga free dan untung akan dpt 100% kepada kita tanpa diambil oleh pihak shopee. Berlainan pula dengan Lazada, ia ada apps yg khusus utk menjual dan seller memerlukan SSM untuk menjual di lazada. Itu serba sedikit yang aku tau pasal lazada, selebihnya aku belum habis study lagi. Haha.
Masa aku mula2 menjual kat Shopee ni, aku tak tahu rupanya shopee ni terbahagi kepada 2 option iaitu Opt 1 & Opt 2. Opt 2 ni akan automatic apply kat semua seller yang baru mula berniaga kat Shopee. Seller under Opt 2 ni hanya perlu pos barang mcm biasa kat poslaju menggunakan flyers poslaju dan tracking number perlu diisi secara manual kat dlm shopee. Jika seller menggunakan khidmat courier lain boleh set "others" semasa upload barang. Pastikan korang set betul2 samada pos malaysia atau others sebab once ada customer order, tiba2 supplier pos guna easyparcel, tapi kita set pos malaysia, nombor tracking tu takkan boleh key in dalam shopee. Bila kita dalam opt2 ni, customer still akan dpt subsidi dari shopee. Contoh kita set pos RM8, tp customer hanya perlu bayar RM6. Tapi Jangan risau, bila order dah complete, shopee akan bayar full RM2 kepada kita. Tapi kena ingat subsidi ni hanya dapat kalau kita set Pos Malaysia sahaja. Kalau set Others, tiada subsidi ya.
Sebenarnya Opt2 ni sesuai untuk sesiapa yang takda pegang stock sendiri atau erti kata lain Dropship. Ya. di shopee kita boleh jual barang walaupun kita hanya dropship. Tapi perlukan ilmu. Jangan sesekali dropship dengan seller dari shopee jugak, mohon cari supplier dari luar. Jika kita dropship di dalam Shopee, pastikan kita mempunyai modal untuk rolling. Ini kerana, sekiranya ada customer placed order, kita perlu dahulukan duit kita kepada supplier sebab customer bayar duit kepada Shopee dan bila barang dah dapat dan complete barulah Shopee akan releasekan payment kepada kita (seller).
Seterusnya Opt1, ia lebih sesuai jika seller ada pegang barang sendiri. Opt1 ni adalah FREE SHIPPING program. dan kalau nak dapatkan free shipping ni seller perlu apply terlebih dahulu. Sebelum nak apply tu kena study dahulu apa yang perlu dibuat (dkt post ni aku tak ceritakan sepenuhnya tau, kalau rajin nnt aku buat). Yang paling penting kena ada printer sebab Consigment Note (tracking number) akan auto generate dari shopee. Tapi kalau awal2 berniaga belum ada modal lagi, boleh je print di CC..hee. So kalau Opt1 ni kita just prepared barang dan bungkus siap2, print consignment note, isi borang PL9 dan dah boleh drop off barang di poslaju tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Okaylah, untuk permulaan aku ceritakan secara ringkas dahulu. kalau ada umur panjang, aku akan smbung lagi.
Terima kasih
Labels:
berniaga,
Free shipping,
Opt1,
opt2,
Shopee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment