Tuesday, 8 March 2016

KAHWIN - PEREMPUAN (BORANG 2C DAN 2D) SELANGOR

Assalamualaikum,

Haih, sebenarnya aku dah rangka untuk draft tajuk ni dua minggu yang lalu. Tapi tak tahulah apa masalah blog ni, tak dapat save pulak apa yang aku taip tadi.

Okla takpe, just straight to the point, kita akan membincangkan cara cara untuk mengisi borang 2C dan juga 2D.

Untuk makluman, segala jenis borang kahwin hanya boleh didapati melalui laman web NCR jais sahaja. Caranya mudah jek, bole google atau tengok di blog blog lain..hihi

Minta maaf, bukan tak nak ajar lebih lebih tapi aku hanya nak fokus kepada persoalan yang aku tak dapat dari mana mana blog yang aku google 😊

FAQ

1. Peninglah, nak mula dari mana ni. Nak isi borang macam mana.

Jawapan :

First bila kita dah login tu, kita boleh terus isi mana mana ruangan yang kita tahu, contoh nama penuh, alamat, maklumat pekerjaan dsb. Pastikan semasa kita ingin mengisi borang, kita sudah tetapkan tarikh nikah dan juga tempat berlansungnya akad nikah.

Sekiranya kita tidak tahu nama kariah  atau masjid atau pun penolong pendaftar nikah (PPN) tempat kita akan bernikah nnt, jgn runsing, anda hanya perlu call PAID (pejabat agama selangor ), untuk maklumat lanjut.

Ruangan yanh tidak tahu bole tinggalkan kosong dahulu dan save. Selepas lengkap borang 2C ni, barulah borang 2D tu akan muncul dengan sendirinya.

2. Macam mana dengan saksi, mana nak cari saksi, susahlah, mesti nak kena sama ke masa nikah nanti?

Jawapan :

Tak perlu sama pun saksi untuk borang dan saksi semasa nikah nanti.

Untuk saksi, sesiapa sahaja boleh menjadi saksi kita tetapi saksi itu perlu lah lelaki dan berumur 18 tahun ke atas kalau tak silap.

Saksi saksi ni diperlukan untuk sain borang 2C dan 2D bersama wali di hadapan PPN nanti.

Saksi di borang 2D boleh sama atau berbeza dengan borang 2C. Sebenarnya borang wakalah wali ini hanya perlu diisi sekiranya wali tidak dapat menikahkan semasa hari akad nikah. Tujuan nya juga supaya majlis akad nikah dpt berlansung sekiranya ketiadaan wali semasa hari akad nikah, mungkin ketika itu wali berada di luar negara atau sebagainya.

3. Dokumen yang diperlukan sebelum berjumpa dengan PPN.

Jawapan :

Yang paling penting borang dari pihak lelaki (2A) kalau tak silap, sijil nikah ibu bapa kita yang original, sijil kursus kahwin yg original, lain lain bole semak didalam website JAIS.

Pastikan borang kita (perempuan) belun sain lagi tau..sebab kita perlu sain depan PPN nnt bersama wali dan juga dua saksi.

Bila semua da ok, PPN pn da sain, jangan lupa book PPN tu..hee..pastikan dia tulis nama dan tarikh kita dalam diary kecik dia tu..hehe

Pastu giliran perempuan pula hantar borang ke PAID.  Nanti bila ketua pendaftar da cop dan lengkapkan boranh, kita perlu submit semua dokumen tu kepada PPN,seminggu sblm nikah.

Yey..da boleh kahwin...alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan.

Mula2 kita akan rasa rumit..susah..tapi sebenarnya bila da selesai..mudah jek. Benda tu selalunya jadi rumit bila PPN berada di luar kawasan, jadi kita perlu bawa saksi dan wali ke PAID utk sain borang.

Jika keadaan sume ok, kita hanya perlu membuat temujanji dengan PPN mengikut keselesaan, macam aku jumpa dgn PPN waktu malam selepas habis kerja.

Ini aku catitkan pengalaman aku berdasarkan aku  tinggal di selangor, ic alamat selangor dan berkahwin di selangor.Begitu juga dengan tunang aku, orang selangor, ic selangor dan tinggal di selangor.

Selain dari itu, harap maaf, aku pun tak tahu..huhuhu

Okla, sampai disini dahulu...semoga apa yang aku coretkan dapat memberi manfaat kepada bakal pengantin yang lain..amin...😊

7 comments:

  1. assalamualaikum nak tanya.. kalau saksi tu letak adik beradik boleh ke

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nak tanya.. kalau saksi tu letak adik beradik boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, maaf lambat reply , Boleh, sy guna sorg abang sy sebagai saksi

      Delete
  3. saksi dalam borang 2d boleh sama ke dalam borang 2c

    ReplyDelete
  4. Borang wakalah wali tu kalau wali ada, tkpyah isi dh lh kan??

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Kalau saya nak pakai wali hakim. Tapi bila isi borang nikah perempuan, dlm tu kena isi terus detail wali. Kalau tak lengkap, tak bole submit online. So macam mana yee ? Sbb saya nak isi borang nikah perempuan jee

    ReplyDelete
  6. Borgata Hotel Casino & Spa announces return of Borgata Hotel
    Borgata 광명 출장마사지 Hotel Casino & Spa has announced the return of 동해 출장마사지 Borgata Hotel Casino & Spa's 충주 출장마사지 “return 문경 출장마사지 to Atlantic City” on Saturday, July 21. 부천 출장안마

    ReplyDelete