Assalamualaikum,
Kali ni kalau ada masa lapang nak la taip kat blog ni pasal TTC Journey aku..konon-konon nye..hiks.
15 June 2016 genaplah 2bulan kami berkahwin. Percubaan pertama gagal jadi aku taknaklah nak tunggu lama lama baru prepare kan.
So bermula la kerja men google apa yang patut. Aku ni kaki google, sehari tak google tu tak sahlah, haha.
First yang aku dpt tahu kena ambil acid folid. Tu pn lepas Nadia yang bagitahu kat group whatsapp kitorg. Aku pn apa lagi terus tak boleh tidur malam time tu. Google dan google dan google pasal Acid Folid ni. Yelah, esok pagi2 kan nak p beli dah..pantas gitu..haha
Bila da google baru tahu ada brand Appeton, tgk review sume pn macam ok, aku apa lagi, terus la beli. Harga RM37 beli kat Watson, ada 30 Biji dalam tu. Setakat ni da 10 hari aku dan suami makan..hehe
Ok, setel bab acid folid. Masa beli acid folid tu aku tgh period lagi, so habis je period terus aku makan. Pastu mula lah blogwalking lagi.
Kalini aku terjumpa pasal OPK atau nama penuhnya Ovulation Prediction Test. Fungsinya sama macam UPT tapi yang ni untuk cek hari kesuburan kita.
Mula2 tgk kat farmasi biasa, tapi harga mahal, tak mampu la, haritu masa dpt false pregnancy, hampir RM100 aku habiskan untuk beli UPT yang xsampai 5 kit pn. Adoii..ni sume salah piyed dtg lambat!..haha..gitu pulak kan.
Pastu aku pun google google la..pastu terjumpa orang yang jual OPK ngan UPT stripe ni murah, siap ada promo Ramadhan lagi. Oh lupa, yang ni aku jumpa kat Instagram masa tercari2 hashtag pasal OPKMURAHMALAYSIA..pastu deal la ngan owner tu, kengkonon nak COD sebab cpt sket, tak sabar nak guna, yelah baru habis period kan..haha..tapi yang aku bengang tu, mula2 kata ok, skali da ptg time nak cod tu boleh plak dia ckp da abis stok, pastu aku reply dia bkn nak baca wasap aku, adoi, bengang pnya pasal aku terus delete wasap tu and block dia. Nasib baik la belum bank in RM50..
Mungkin rezeki DE AIFA MARKETING kot, walaupun mahal sikit UPT ngn OPK dia tu, tp kira puas hati la. fast response ok!!...aku bank in duit pn da Jumaat pagi..terus dia pos..Sabtu tu da sampai tauu..wow..tu pn nasib bek la dtg opis jap sabtu, bolehlah terus pakai..hiks.
Then ptg sabtu sampai rumah terus test. HAHA..dapat double line tp line tu pudar. So aku pn takdelah BD malam tu. Tunggu lagi esok sebab mungkin waktu ovulate aku jumaat ke kan. So tunggu la hari ahad petang tu test..WOW...clear double line, terus la BD malam tu..tapi sebelum tu aku test lagi skali kol 10malam..stil double line pekat.
Tapi sebenarnya aku tak berapa tahu sgt OPK ni mcm mana, bila kita da dapat double line pekat tu, kita kena terus BD malam tu ataupn tunggu next 24hr..hurm, xpela, kita cuba dlu, insyaAllah kalau ada rezeki, tak ke mana kan.. :) Untuk pengetahuan aku buat OPK jam 445-5pm, so ptg ni masuk hari ketiga la aku nak buat.
So lepas tu mula lah term TTC yang aku dapat tangkap. Aku tulis la kat sini, untuk pengetahuan bersama kan,,
TTC : Try To Conceive (percubaan utk hamil)
OPK : Ovulation Prediction Kit (test kesuburan)
UPT : Urine Pregnancy Test ( test kehamilan)
DOP : Date Of Period (hari start period)
DPO : Date Past Ovulation ( hari selepas ber ovulasi - sehari selepas opk kembali negatif)
CD : Cycle Day (hari pertama period - bukan tompokan, yang betul2 period)
Oklah, tu sahaja terms yang aku tahu setakat ni. Doakan semoga semuanya baik2 sahaja.
InsyaAllah..aminn..
Salam 15 Ramadhan 1437
babaiii..
Yuhana
No comments:
Post a Comment