Assalamualaikum,
Bila dah lama tak menaip ni, mula lah jakun kan..tiap saat nak update blog...adoiyai..haha..tapi nak buat mcm mana kan...dah nama pun blog kan..😀
Sebenarnya tujuan aku buat blog ni supaya orang boleh manfaat kan setiap maklumat yang aku sampaikan kat sini.
Untuk kali ni, aku nak cerita mengenai HIV Test. Untuk makluman, aku belum kahwin lagi dan akan berkahwin insyaaAllah, jadi sebelum aku lupa step step nya, baik aku abadikan di sini untuk kebaikan orang orang yang akan berkahwin nanti..hehe.. Blog ni updated 2016
Aku orang Johor, tapi dah bermastautin di Selangor. Tunang aku pun orang Selangor jadi basically untuk siri KAHWIN ni...adalah prosedur untuk lelaki dan perempuan berasal dari Selangor..gituu..haha
Pertama sekali, kita perlulah tentukan dekat klinik mana yang kita nak buat. Pastikan klinik KERAJAAN tau..kalau nak tahu senarai klinik, boleh google jek..zaman sekarang kan senang..hehe..kalau da google..amik no fon,pastu call la utk maklumat lanjut.
Macam kes aku, aku buat di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, dekat seksyen 3 kot kalau tak silap..aku p buat aritu masa cuti hari wilayah..yela..time wilayah cuti..kita p la selangor..kan da jimat cuti..hahaha
Ingat ya, tiap klinik ada waktu waktu tertentu utk buat test ni..macam di Klinik kesihatan bandar baru bangi..waktu utk ujian HIV ni dari jam 2petang hingga 4 petang sahaja.
Ok, stepnya senang je..sampai je kat klinik, p la daftar dulu kat kaunter depan..kat sini nnt kita bagitahu nak buat test HIV..pastu dia akan suruh kita isi satu buku log besar..lepas isi dia akan berikan kita borang beserta dengan nombor giliran.
Bila dah dapat je borang tu, kita isi la segala maklumat yang diperlukan, tengoj juga di muka surat belakang ye, nanti tak lengkap pula borang..da siap isi..dekat kaunter bayaran tu akan ada satu bakul..haa..hang letakla borang tu dalam bakul dan tunggu la nombor dipanggil...
Bila nombor dah dipanggil..kena la bayar dulu..tapi jangan khuatir..hanya RM1 sahaja bayarannya..sesudah bayar dia akan kembalikan borang dan borang tersebut kita bawak pergi kaunter 7. So letakla borang tu dalam bakul depan kaunter 7 tu dan tunggula doktor panggil.
Mudah je kan...kalau semua oke..result pon oke..kita akan dapat sehelai kertas salinan berwarna biru dan ada cop doktor kat atas tu...
Mula2 pon aku ragu2...mcm ni je ke result HIV..takde tulis positif ke..negatif ke..hahahaha..tapi kalau da dpt surat tu maksudnya da ok la tu...so bolehla simpan utk proses seterusnya.
Proses seterusnya aku tak boleh nak cerita lagi sebab aku pun tak lepas lagi ni borang 2C dan 2D ni...adoii...doa doakan la semua berjalan lancar ya..
Sampi sini dulu..
Sekian
Yuhana