Bekerja di bidang pelancongan memberi ruang kepada aku untuk melancong ke luar negara. Jika sebelum ini nak pegang passport pun susah, bila dah dalam line tourism ni passport menjadi benda penting pulak, hehe.
Tepi tulah, silap betul masa renew passport dulu ambik yang 2 tahun jek. Sekarang (2016) passport 2tahun dah pun dimansuhkan dan digantikan dengan 5tahun sahaja, harga pun lebih murah iaitu RM200.
Jom lah aku nak ceritakan pengalaman pertama membawa group ke Hanoi, Vietnam.
Travelling Date : 23th - 26th November 2013
Hampir 3 tahun berlalu, aku pun ada yang ingat, ada yang tidak, hihi.
Hanoi ni sesuai untuk orang yang sukakan nature ya. Kalau dalam otak tu asyik fikir shopping jek, baik pergi ke Ho Chi Minh. Di Hanoi tiada tempat untuk membeli barang-barang seperti telekung, kain ela dsb.
Pakej yang aku bawa ni adalah 4D3N Hanoi Halong, jadi secara keseluruhannya, aku tidur dua hotel iaitu di Hanoi dan juga di Halong
Hotel di Hanoi
Tapi seriusly aku minta maaf sangat sebab lupa nama tempat tempat yang aku pergi. Aku tulis ni saja untuk abadikan kenangan membawa grup bersama kak adas..hehe
Pengalaman pertama syok la sebab first time bawak group, bawak ada teman pulak tu kan..hehe
kat sini macam ada pesta plak, ramai yang pakai baju convocation and baju macm ni, kengkonon cam tengah amik gambar..
Water Puppet Theater
Water Puppet Theater ni wajib la datang, sebab kat Malaysia mana ada kan tempat tempat mcm ni. Pastu rasa cam teruja plak dorang main sebab guna air betul2 tau, pastu patung tu leh berenang la, mcm2 lagi (aku lupa dah sebenarnya ni) hehe.
Next, nak cerita pasal Halong Bay pulak. Perjalanan dari Hanoi ke Halong kalau naik bas boleh memakan masa sehingga dua jam. Dah la dengan jalan raya kat sana yang errr...hahaha...tapi serun jugak la, mcm naik roller coaster pulak, hihi. Pastu da tido, bangun, tido balik pun tak sampai sampai lagi.. :p
Hotel di Halong
Kat Halong ni nanti kita akan naik mcm ferry, pergi tengok pulau pulau yang banyak bentuknya. Kalau pergi dengan orang yang tak minat mesti dorang akan cakap, eh, sama macam kat Langkawi la..
Tapi tula, sebenarnya kat sini kita boleh relaks2 sambil menikmati panorama, kita juga boleh turun dari boat dan naik sampan tau, tapi sebab grup yang aku bawak ni tak berminat, jadi harapan untuk naik sampan tu dip
Maaf, tak banyak gambar, yelah first time p travel luar negara, tak biasa nak bergambar, hahaha
Pastu kat Hanoi macam biasala pergi buat city tour dan pengalaman lain ialah melawat Ho Chi Minh pnya makam. Untuk makluman jasad Ho Chi Minh (nama pemerintah diorang, boleh google untuk maklumat lanjut, haha) di awetkan dan disemadikan di dalam museum yang besar. Kalau nak masuk siap berbaris panjanggggg tau.
kat dalam bangunan tu tempat dia bersemadi
Oklah sampai sini dulu antara pengalaman aku semasa ke Hanoi, Vietnam, next trip aku nak cerita pengalaman musim sejuk pertama dalam hidup..hehe
see you next time.
Yuhana
No comments:
Post a Comment