Saturday, 20 February 2016

TRIP KE LUAR NEGARA - BEIJING, CHINA

Assalamualaikum,

Alhamdullilah, akhirnya berjaya jugak aku membetulkan wifi laptop ni. Hampeh betul, masalah berpunca dari Mozilla Firefox!! So la ni, bukak pakai Google Chrome jela.

Okla, sekarang ni aku nak bercerita mengenai pengalaman pertama aku pergi ke negara musim sejuk dan juga pengalaman pertama kali membawa group seorang diri. Yelah, masa pergi Hanoi haritu ade teman, kali ni sorang-sorang pulak.

Travelling Date  : 11-17 December 2013.

Sebagai persediaan nak ke Beijing, rakyat Malaysia memerlukan visa untuk kesana. Visa pula ada pelbagai jenis dan juga durasi untuk siap, Jika travelling date lama lagi, kita boleh ambil visa yang lebih murah dan memakan masa 4 hari bekerja untuk siap, Jika last minit, boleh ambil express visa iaitu sehari dah siap tetapi harga visa boleh mencecah sehingga RM200++ berbanding normal visa hanya RM90++

Maklumat tambahan, untuk apply Visa China, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :-

1. Original passport (valid 6 bulan dari tarikh penerbangan)
2. Salinan Passport
3. Gambar berukuran passport (tidak kisah background warna apa)
4. Hotel Voucher (nama hotel yang akan tinggal disana)
5. Tiket penerbangan pergi balik

So sekarang aku nak start cerita nih, haha. First time pergi negara sejuk, takkan la nak beli baju sejuk semua tu kan, yela, lagipun aku baru masuk keje time tu, pastu tah bila lagi nak merasa. Jadi, senior senior ku yang baik hati telah meminjam kan baju sejuk, sarung tangan, kasut but untuk aku. Terharunya..haha

Actually, aku ni seorang pendiam dan tak reti bergaul, jadi perasaan kekok membawa group telah mendorong kepada masalah besar masa bawak group...

Adoii..kalau nak tahu, setibanya di airport Beijing, dari tempat mendarat ke tempat ambik beg, perlu menaik tren sebab jauh, aku yang da la first time pergi beijing, melulu turun dari flight terus berjalan sendiri ke tren dan terus ke tempat ambil beg. Lepas tu apa lagi...hambikk..kena marah sekaliii ngn client. Rasa mcm nak nangis, seriusss aku kelu, kaku semua ada. Tapi nak buat mcm mana, haihh, kalau boleh tak nak dah ingat..haha

Takpela, aku malas nak cerita lebih, biasalah kalau tak buat salah mana nak datangnya pengalaman kan. :)

So kat sini aku nak cerita tempat2 menarik, tapi macam biasala, bila dah makin tua ni, bukan ingat pun tempat yang pergi. Tapi apa aku boleh katakan, Guide akan bawak kita pergi government2 shop dan lasttt sekali masa da nak balik, baru diorang akan bawak pergi tempat murah, da la bagi masa sekejap jek, duit pulak habis la..sebab da last day kan..haha..adoiyai..Tapi kalau tempat murah tu memang murah la..aku sempat la beli beg tarik kecik, beg longchamp, lagi, err...tak ingat da.

Hurm..ni aku tengah sedap sedap taip..internet problem lagi sekali pulak..hampeh betulla..hilang mood aku nak menaip..gambar pun tak dapat la aku nak share..

Overall, pengalaman pertama musim sejuk, not bad la..masih okay..best pun best jugak..tangan sentiasa sejuk jek..tapi aku ada masalah kulit kering, jadi bibir pun mengelupas jek..so sesiapa yang nak pergi negara winter ni elokla bawak lip balm so takdela bibir jadi kering.

So sampai sini jela kot..aku tepek satu gambar je yang ada dalam hp ni..tu pun screenshot kat instagram..haha..

And FYI...ni adalah 6hari paling lamaaaaaaaaaaaaaaaaa dalam hidup aku..


K bye..haha

Sekian,

Yuhana

No comments:

Post a Comment